Kumpulkan khazanah
Mengumpulkan bahan, rakaman, ucapan dan tulisan tangan Almarhum Tuan Guru.
Wariskan ilmu · Sambung legasi
Bersama memelihara khazanah ilmu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk generasi seterusnya.
Saya Ingin MenyumbangKenali usaha ini ↓Almarhum Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Hasil yang sudah terlaksana
Kuliah tafsir dikumpul, ditranskripsi dan disunting untuk dibukukan.
Kuliah asal Tok GuruDirakam dan dipelihara.
Huraian dekat di hatiBahasa yang mudah difahami.
Buku berkulit kerasTersusun dan berkualiti.
Untuk ummah.
Untuk generasi seterusnya.
Latar belakang projek
Selama 40 tahun, kuliah tafsir Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi tempat masyarakat menimba ilmu dan mendekati Al-Quran.
Khazanah ini perlu dikumpulkan dan diterbitkan secara tersusun agar terus dapat dibaca, difahami dan dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Usaha ini bermula dengan satu hasrat: memelihara mutiara ilmu Tok Guru sehingga lengkap tafsir 30 juzuk Al-Quran.
Empat objektif · Satu amanah
Mengumpulkan bahan, rakaman, ucapan dan tulisan tangan Almarhum Tuan Guru.
Menyediakan pusat pengumpulan khazanah ilmu agar warisan ini dapat diurus dengan tersusun.
Mentranskrip, menulis, menganalisis dan menerbitkan semula kuliah-kuliah tafsir beliau.
Meneruskan penerbitan Tafsir Al-Quran Tok Guru sehingga lengkap 30 juzuk.
Sumbangan anda menggerakkan usaha ini
Dana yang dikumpulkan membantu gerak kerja Fasa 1, daripada pencarian bahan sehinggalah penerbitan dan percetakan.
Pelihara rakaman kuliah asal daripada pelbagai sumber.
Pindahkan setiap perkataan daripada audio kepada teks.
Kekalkan maksud dan gaya bahasa dalam naskhah yang mudah dibaca.
Usahakan penerbitan tafsir sehingga lengkap 30 juzuk.
Kaedah penulisan & penyusunan
Kuliah asal daripada kaset disalin ke format digital. Kemudian, setiap perkataan yang diucapkan oleh Tok Guru ditaip menjadi teks transkripsi.
Transkripsi awal mengekalkan sebutan Kelantan supaya maksud penyampaian beliau dapat difahami dengan tepat.
Teks disunting agar mudah difahami. Perkataan Kelantan tertentu dikekalkan bersama maksudnya, dengan gaya bahasa Tok Guru terus dijaga.
Keistimewaan Tafsir Tok Guru
Huraian yang dekat dengan kehidupan, disampaikan dengan bahasa dan kiasan yang menyentuh hati.
Disunting daripada kuliah asal, dengan keunikan penyampaian Tok Guru terus terasa pada setiap helaian.
Ayat Al-Quran dihuraikan melalui situasi dan pengalaman masyarakat Malaysia.
Kiasan dan perumpamaan yang membantu pembaca memahami dan menghayati sesuatu perkara.
Penjelasan bahasa Al-Quran yang boleh difahami, termasuk oleh pembaca yang kurang mahir ilmu agama.
Penekanan pada sebutan dan makhraj huruf, antaranya dalam Tafsir Al-Fatihah dan Al-Kafirun.
Sisipan nahu dan soraf membuka ruang untuk pembaca mengenali bahasa Al-Quran dengan lebih dekat.
Ilmu yang diamalkan. Tok Guru turut mempraktikkan perkara yang diterangkan dalam kuliah dan kehidupan bermasyarakat.
Langkah yang telah bermula
Kini 13 buah buku telah diterbitkan dalam usaha menuju penerbitan lengkap 30 juzuk.
Surah Al-Fatihah
3 Qul Al-Nas, Al-Falaq & Al-Ikhlas
Surah Al-Waqiah
Al-Fil, Al-Humazah, Al-Asr & Al-Takathur
Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Maun & Quraisy
Surah Yunus
Surah Hud
Surah Al-Rahman
Surah Yasin
Surah Al-Kahfi
Al-Qari’ah, Al-‘Adiyat, Al-Zalzalah & Al-Bayyinah
Al-Ghasyiyah, Al-A‘la & Al-Tariq
‘Abasa, Al-Nazi‘at & Al-Naba’
“Ketika saya mula membacanya,
dengan tak semena-mena air mata memang boleh mengalir”
Jadilah sebahagian daripada usaha memelihara mutiara ilmu Tok Guru.
Sokong usaha penerbitan Tafsir Tok Guru, agar khazanah ilmu ini dapat terus dibaca dan dimanfaatkan.
Pilih amaun yang anda selesa. Setiap sumbangan adalah tanda kebersamaan dalam meneruskan usaha ini.
Isi maklumat anda untuk meneruskan sumbangan.